Tuesday, January 27, 2009
Sunday, January 18, 2009
RENUNGAN SEJENAK ......(MUSLIMIN DAN MUSLIMAT)
AZAN dikumandangkan setiap hari menandakan masuknya waktu solat fardhu. Tahukah anda bahawa setiap kali masuknya waktu solat, berpuluh-puluh ribu muazzin melaungkan azan dari setiap pelusuk dunia. Laungan azan SUBUH bermula di timur Indonesia dan kepulauan Sulawesi. Sebelum berakhirnya azan subuh di Indonesia, laungan azan Subuh di Malaysia sudah mula kedengaran. Sebelum berakhirnya azan Subuh di Malaysia, azan Subuh di Myanmar dan China pula dikumandangkan. Ini diikuti dengan Bangladesh dan negara-negara di sekitarnya. Kemudian azan Subuh di Mumbai, Kashmir dan Pakistan. Kemudian laungan azan mula bermula di Afganistan, Muskat dan Baghdad. Diikuti pula dengan Kuwait, Jerman dan Arab Saudi. Laungan azan Subuh kemudiannya dilaungkan di negara-negara timur tengah iaitu Syria, Jordan, Sudan dan Kaherah. Laungan azan berterusan di Turki, Libya dan Tunisia. Azan subuh kemudiannya dikumandangkan di negara-negara Afrika. Laungan azan Subuh ini berakhir di Atlantik. Sebenarnya banyak nama negara yang tidak disebut dalam artikel ini. Tetapi destinasi terakhir azan Subuh dikumandangkan ialah di Atlantik. Sebelum berakhirnya azan Subuh di Atlantik, azan ZOHOR mula dikumandangkan di Timur Indonesia. Jika kita fikirkan laungan azan sering bersahutan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Syariat Allah ini terus dilaungkan. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat ISLAM untuk memastikan seruan Illahi terus bergema di buminya walau apa jua rintangan yang dihadapi kerana ISLAM LEBIH PENTING daripada NYAWA KITA.'
Posted by air batu campur at 8:52 PM 0 comments
Saturday, January 10, 2009
RATAPAN PALESTIN.............................
[mywaytofirdausi]
"Wahai Akhifillah,
an Marah?Dan Tempat Kita Dihancurkan,

Jadi Beritahu Aku,Bilakah Kau Akan Marah?
Dan Institusi Kita
Dan Masjid-Masjid Kita Dihancurkan,

Dan Kau Tidak Menjadi Marah?
Jadi Beritahu Aku,
Bilakah Kau Akan Marah?
Musuhku, Atau Musuhmu,
Menghina Kehormatan,
Darahku Dijadikan Mainan Oleh Dia,
Dan Kau Jadi Penonton Permainan."
Posted by air batu campur at 5:23 AM 0 comments
SAHABATKU, JALAN INI BUKAN MUDAH...........AKU BERSAMAMU.........
Sahabat..
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.
Sahabatku yang sangat aku cintai..
Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.
Sahabat..
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!
Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.
Sahabat...
Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.
Sahabatku yang dikasihi..
Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.
Sungguh.. aku bersama mu.......
bintu hasnah wa mokhtar
Posted by air batu campur at 5:11 AM 2 comments
Thursday, January 8, 2009
HAYYA AKHI WA UKHTI, SAVE PALESTIN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
daripada bintu hasnah wa mokhtar
oh ya.quoted from my FRIEND.i'm really affected by his piece of mind:
Entah bila kita mahu sedar? Nak tunggu Mesir kena serang? Malaysia kena serang? Sengal. Isu murtad yang macam menggila di Malaysia pun kalian tidak sedar. Kalian semua mahu pergi ke Gaza? Pergi ke kelas pun malas, kalau pergi pun, lambat, duduk dalam kelas, tidur pula kerjanya. Kalian mahu angkat senjata? Angkat tangan untuk brtanya soalan pun malu, ada hati nak angkat senjata. Kalian mahu berdoa untuk mereka? Dosa pun banyak, lebih baik kalian bertaubat dulu. Kalian nak berperang bersama-sama mereka? Nak berperang dengan nafsu pun tak larat, tak malu betul. Kalian mahu bersatu dengan pejuang jihad yang lain? Nak bersatu sama-sama kita pun terkedek-kedek, menggelikan hati. Kalau pejuang sebegini pergi ke Palestin, ke Iraq dan sebagainya, saya fikir tentera musuh pun tak sampai hati nak lawan. Dhaif sangat.
saya percaya, cara untuk kita kukuhkan kembali ummah ini hanyalah dengan Islam. Belajar tentang Islam, amalkan Islam, dan sebarkan Islam. Ambil tahu pasal isu ummat Islam antarabangsa. Kalau pasal pemain bola atau artis dan sebagainya boleh kita ambil tahu, takkan la ini pun malas sangat. Serta latihlah diri ini agar mampu menjadi pejuang. Sampai bila kita nak merungut yang kita ini lemah. Dah tau lemah, tak reti-reti nak bagi jadi diri tu kuat!
yes, he (or she, maybe?) was true.no doubt of it.we were just complaining, blaming each other,we blamed the leaders, the ministers, without doing NOTHING to improve ourselves.
We are the youth,let us bring Islam back. we did it in the past.so let us do it again! let us build Islam, i mean the real Islam, we implement the deen in our life,totally.so, islam will be set up on the earth,enshaAllah.
And do not wait for the ministers around the islamic world, or in other term, the puppet rulers (cis kepade mereke.huh) to have implementation of islamic system in every legislation.believe me, they dont even care about their own brothers and sisters in islam,so how can u expect them to reestablish Islam in this world, like a caliph supposed to do so?
How to set up islam in our own selves?The prophet PBUH showed the examples.He cultured the Sahabah personalities, he built Islam mentalities, and gave them the bigger scope. Yes, this is the concept of tarbiyyah!
(oleh itu, kawan2 jangan malas2 pegi usrah, mabit, daurah.pecayelah.itu sume utk pembinaan diri kita jugak!)
And now, dear ikhwah and akhawat fillah, if we do not change OURSELVES and SOCIETY starting from this second, then we are part of the cause.We are going to stand in front of Allah.On the last day it will be too late to repent. And remember, there will be NO EXCUSES for BEING USELESS.
quoted again, from soldiers of Allah :
BRING BACK ISLAM
BRING BACK THE STATE
When I said no more wait
I meant..
NO MORE WAIT!!!!!!
No more watching brothers die
No more watching sisters cry
OH MUSLIM UMMAH RISE!!
Rise up from these lies
Rise up from nationalism pride
Allah is on our side
WE WILL NEVER COMPROMISE
MUSLIM FOR LIFE!
MUSLIMS UNITE!
quoted again.saya mmg suke memetik kate2 orang :)
"senjata umat islam,bangun malam,qiyamullail.bukan mengutuk keras-kerasan tanpa memberi kesan"
(oh and again,, kedepekk kat diri sendiri.tekene batang idung say
Posted by air batu campur at 3:14 AM 0 comments
KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK KITA?????????
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya....
nak kata x sempat up date blog x boleh ... meby sikap menanguh2 masih bermaharaja lalu ..
pepun.. memang kewajipan kita terlalu byk berbanding masa yang ada. moga hidup or mati kita di bawak naungah rahmat Ilahi..
tiada rehat bagi org mukmin, kecuali masa menemui Ilahi ..



Posted by air batu campur at 3:07 AM 0 comments
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)

